Wawasan 2020 Bern Farm sentiasa fokus pada hasil yang dinyatakan melalui kerja keras dan pembelajaran. Pengalaman dalam bidang penternakan mendewasakan kami sehingga nampak peluang yang mana Bern Farm harus manfaatkan. Ayam kampung dari Bern Farm Hujung tahun 2019 Bern Farm dilanda banjir yang sedikit banyak melumpuhkan aktiviti di ladang. Sekian lama tiada banjir di sini. Malah beberapa anak ayam kami lemas tetapi bernasib baik kerana lembu, kambing dan biri-biri masih selamat. Alhamdulillah Bern Farm masih mampu bangun untuk terus menternak. Tahun 2020 fokus untuk berkembang dan mensasarkan jualan 4 kali ganda menjelang hujung tahun ini. Beberapa reban baru akan dibina untuk menampung ayam kampung yang kian banyak bertelur tetapi masih mengekalkan kaedah penternakan ayam kampung sebenar. Instagram: @bernfarm.sedili Email: bernfarm.johor@gmail.com Phone / whatsapp: +6018 322 4515 (En Baka)
Reban dan ayam kampung Reban ayam penting dibina untuk mengkelaskan jenis ayam, perlindungan pada waktu malam dan cuaca buruk. Walaupun ayam dilepaskan pada waktu siang bagi membolehkannya berlari, mengais tanah dan bebas berjalan namun pada waktu malam harus dimasukkan ke dalam reban. Di sini reban dibina di atas tanah dengan keluasan 11x30 kaki menggunakan bahan-bahan mudah seperti tiang kayu, atap zink serta jaring plastic hitam. Selain blog, dapatkan update dari Bern Farm dari; Instagram: @bernfarm.johor Facebook page: Bern Farm - Sedili atau Whasapp: 017-322 4515 Abu Baka (Bern)