Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Biri-biri Dorper

Biri-biri Dorper Dorper di Bern Farm Sedili Di Bern Farm-Sedili, kami memilih biri-biri dorper untuk dibiakkan. Salah satu ciri biri-biri dorper adalah bulu tebal lapisan atas akan tertanggal secara semulajadi dan meninggalkan bulu halus pada kulit. Sifat ini membolehkan biri-biri dorper hidup selesa di kawasan panas dan memudahkan penjagaan . Dalam gambar ini, bulu lapisan atas sudah mula tertanggal pada bahagian leher. Offiial Instagram: @bernfarm.sedeli Facebook Page: Bern Farm - Sedeli Call: +6017 322 4515 Email: bernfarm.johor@gmail.com #bernfarmsedeli

Penyediaan Rumput Biri-biri Dan Lembu

Di Bern Farm - Sedili, Makanan utama bagi ternakan biri-biri dan lembu adalah rumput napier. Selepas rumput napier dicencang, rumput tersebut dibahagi kepada dua bahagian. Rumput untuk ternakan lembu mengandungi lebih banyak batang rumput yang lebih tinggi serat. Manakala rumput untuk biri-biri pula mempunyai banyak daun yang lembut. Fb: Bern Farm - Sedili Instagram: @bernfarm.sedili #bernfarmsedili Contact: +6017 322 4515 En Baka

Rumput Napier ( Napier Grass )

Sebelum membuka ladang ternakan perkara utama yang harus diutamakan adalah sumber makanan. Rumput napier ini turut dikenali dengan nama rumput gajah (elephant grass) mampu hidup subur dalam cuaca panas dan lembap Malaysia. Tuaian kali pertama dibuat selepas 3-4 bulan ditanam. Tuaian seterusnya dibuat dalam jangkamasa 6-8 minggu bergantung kepada kesuburan tanah. Lokasi penanaman berdekatan dengan kandang fidlot supaya mudah dipotong dan terus diberikan pada ternakan dalam keadaan segar. Selain diberikan terus pada lembu dan kambing, napier juga dibuat silaj atau jeruk bagi memanjangkan hayat napier dan dibuat stok makanan. Terdapat beberapa napier yang popular di Malaysia seperti napier Uganda, Australia, India, Pakchong dan Taiwan. Potensi setiap jenis napier adalah berbeza-beza. Di Bern Farm - Sedeli kami menanam napier India. Offiial Instagram: @bernfarm.sedeli Facebook Page: Bern Farm - Sedeli Call: +6017 322 4515 Email: bernfarm.johor@gmail.com #bernfarmsedeli

Kandang Kambing

Pada March 2018, kandang kambing Bern Farm telah siap dibina sepenuhnya. Kapasiti kandang ini mampu memuatkan sehingga 100 ekor kambing. Rekabentuk kandang kambing perlu sesuai dengan cuaca di Malaysia yang keadaan cuaca melampau panas dan hujan. Penekanan diberikan pada pengudaraan, tempat makanan, keluasan, lantai yang tidak mencederakan kambing dan mudah dicuci. Tempat (palung) makanan diletakkan di tengah supaya mudah memberikan makanan. Gambar dan video menunjukkan kandang semasa siap dibina. Offiial Instagram: @bernfarm.sedeli Facebook Page: Bern Farm - Sedeli Call: +6017 322 4515 Email: bernfarm.johor@gmail.com #bernfarmsedeli      

Penubuhan Bern Farm

Bern Farm ditubuhkan pada 2016 dan bertapak di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor . Fokus utama adalah perternakan lembu dan kambing pendaging secara fidlot. Alamat:  Lot 1863, Jalan Wawasan 3, Kg Tuan Seh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor Kota Tinggi Offiial Instagram: @bernfarm.sedeli Facebook Page: Bern Farm - Sedeli Call: +6017 322 4515 Email: bernfarm.johor@gmail.com #bernfarmsedeli # bernfarmsedili