Skip to main content

Penubuhan Bern Farm

Bern Farm ditubuhkan pada 2016 dan bertapak di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Fokus utama adalah perternakan lembu dan kambing pendaging secara fidlot.

Alamat: Lot 1863, Jalan Wawasan 3, Kg Tuan Seh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor
Kota Tinggi

Offiial Instagram: @bernfarm.sedeli
Facebook Page: Bern Farm - Sedeli
Call: +6017 322 4515
Email: bernfarm.johor@gmail.com
#bernfarmsedeli


Comments

Popular posts from this blog

Kandang Kambing

Pada March 2018, kandang kambing Bern Farm telah siap dibina sepenuhnya. Kapasiti kandang ini mampu memuatkan sehingga 100 ekor kambing. Rekabentuk kandang kambing perlu sesuai dengan cuaca di Malaysia yang keadaan cuaca melampau panas dan hujan. Penekanan diberikan pada pengudaraan, tempat makanan, keluasan, lantai yang tidak mencederakan kambing dan mudah dicuci. Tempat (palung) makanan diletakkan di tengah supaya mudah memberikan makanan. Gambar dan video menunjukkan kandang semasa siap dibina. Offiial Instagram: @bernfarm.sedeli Facebook Page: Bern Farm - Sedeli Call: +6017 322 4515 Email: bernfarm.johor@gmail.com #bernfarmsedeli      

Reban Ayam

Reban dan ayam kampung Reban ayam penting dibina untuk mengkelaskan jenis ayam, perlindungan pada waktu malam dan cuaca buruk. Walaupun ayam dilepaskan pada waktu siang bagi membolehkannya berlari, mengais tanah dan bebas berjalan namun pada waktu malam harus dimasukkan ke dalam reban. Di sini reban dibina di atas tanah dengan keluasan 11x30 kaki menggunakan bahan-bahan mudah seperti tiang kayu, atap zink serta jaring plastic hitam. Selain blog, dapatkan update dari Bern Farm dari; Instagram: @bernfarm.johor Facebook page: Bern Farm - Sedili atau Whasapp:  017-322 4515 Abu Baka (Bern)

Rumput Napier ( Napier Grass )

Sebelum membuka ladang ternakan perkara utama yang harus diutamakan adalah sumber makanan. Rumput napier ini turut dikenali dengan nama rumput gajah (elephant grass) mampu hidup subur dalam cuaca panas dan lembap Malaysia. Tuaian kali pertama dibuat selepas 3-4 bulan ditanam. Tuaian seterusnya dibuat dalam jangkamasa 6-8 minggu bergantung kepada kesuburan tanah. Lokasi penanaman berdekatan dengan kandang fidlot supaya mudah dipotong dan terus diberikan pada ternakan dalam keadaan segar. Selain diberikan terus pada lembu dan kambing, napier juga dibuat silaj atau jeruk bagi memanjangkan hayat napier dan dibuat stok makanan. Terdapat beberapa napier yang popular di Malaysia seperti napier Uganda, Australia, India, Pakchong dan Taiwan. Potensi setiap jenis napier adalah berbeza-beza. Di Bern Farm - Sedeli kami menanam napier India. Offiial Instagram: @bernfarm.sedeli Facebook Page: Bern Farm - Sedeli Call: +6017 322 4515 Email: bernfarm.johor@gmail.com #bernfarmsedeli